Kuala Lumpur, Malaysia
Cursor Icon
Read More

ASTRO PRIVACY NOTICE – BUSINESS PARTNERS

Effective Date: 22 November 2024
Last Reviewed: 22 November 2024

  1. WHAT IS THIS NOTICE?

    Please read this privacy notice (the "Privacy Notice") carefully to understand ASTRO’s policies and practices regarding the Personal Data provided by its business partners. The Personal Data Protection Act 2010 (the "Act") was introduced to regulate the processing of Personal Data in commercial transactions. The Act, which applies to all companies and firms that are established in Malaysia, requires Us to inform you of your rights in respect of Personal Data provided by you.
  2. WHAT IS PERSONAL DATA?

    "Personal Data" refers to information that relates directly or indirectly to individuals, which can be used to identify the individual on its own or in combination with other data that We collect or have access to.
  3. WHO ARE WE?

    Any reference in this Privacy Notice to "ASTRO", "We", and "Us" shall mean Astro Malaysia Holdings Berhad (932533-V) and, as applicable, any of its subsidiaries and related companies as defined in the Companies Act 2016.
  4. WHAT PERSONAL DATA MIGHT WE COLLECT FROM YOU?

    The Personal Data that ASTRO may collect from you will vary depending on how you interact and engage with ASTRO. For example, it may include:
    1. the name, date of birth, address, telephone or mobile phone number and email address of, as applicable, your employees, customers, business partners and/or sub-contractors; and
    2. such other information that may be necessary for ASTRO’s legitimate business purposes or as required by applicable legal requirements.
  5. WHAT ARE THE SOURCES OF PERSONAL DATA PROVIDED BY YOU?:

    1. We may obtain Personal Data from you directly when you comply with your obligations and responsibilities pursuant to this agreement;
    2. Other than Personal Data obtained from you, We may also obtain your Personal Data from third parties We deal with or are connected with you and from other sources where you have given your consent for the disclosure of Personal Data, and/or where otherwise lawfully permitted.
  6. HOW MIGHT WE USE PERSONAL DATA PROVIDED BY YOU?

    We may use and process Personal Data provided by you for any of the following purposes (together the "Purposes"):
    1. to perform any of our obligations and responsibilities under this agreement;
    2. to communicate with you;
    3. to process your payment transactions;
    4. to respond to your enquiries;
    5. to conduct internal activities;
    6. to provide you with information about ASTRO, its products and/or its services and its other business partners;
    7. other legitimate business activities of ASTRO; and/or
    8. such other purposes as set out in the terms and conditions of this agreement.
    9. By entering into this agreement and by providing the Personal Data, you are deemed to have given your consent to the processing and use of the Personal Data for the Purposes.
  7. WHO DO WE SHARE THE PERSONAL DATA WITH?

    1. We may disclose Personal Data provided by you to third party companies, organisations, and/or service providers to: (i) perform ASTRO’s obligations and responsibilities pursuant to this agreement; and (ii) carry out any of the Purposes as set out in this Privacy Notice.
    2. We may also disclose Personal Data provided by you to various government bodies and agencies to meet our legal and regulatory obligations and to law enforcement agencies for the purpose of preventing and/or detecting crime, or for the purpose of investigations and/or the apprehension or prosecution of offenders and/or protection of national security and/or any purpose that is required or authorized by or under any law or by any order or judgment of a court.
    3. If required for any of the Purposes, Personal Data provided by you may be transferred to locations outside Malaysia. Save for the foregoing, the Personal Data will not be knowingly transferred to any place outside Malaysia or be knowingly disclosed to any third party.
  8. WHAT MEASURES DO WE TAKE TO PROTECT THE PERSONAL DATA?

    We take these measures to protect Personal Data provided by you by ensuring that:
    1. the Personal Data is kept as required by the Act;
    2. ASTRO’s staff do not misuse the Personal Data; and
    3. any appointed suppliers and service providers who process any of the Personal Data perform in accordance with the terms of their contract with ASTRO.
  9. HOW LONG DO WE KEEP THE PERSONAL DATA FOR?

    We will maintain Personal Data provided by you in our business records for the duration of the term of this agreement. We will also maintain the Personal Data for a period of time after you are no longer a business partner if the Personal Data remains necessary for the Purposes.
  10. WHAT COMMITMENTS DO YOU GIVE IN RESPECT OF THE PERSONAL DATA YOU PROVIDE?

    You are responsible for providing accurate and complete information to us about yourself and any other person whose Personal Data you provide us with and for updating this Personal Data as and when it becomes incorrect or out of date.
  11. WHAT ARE YOUR RIGHTS IN RESPECT OF THE PERSONAL DATA YOU PROVIDE?

    You may at any time contact ASTRO’s Personal Data Protection Officer via registered post or email as set out in Section 12 below to make enquiries or raise complaints about the processing of the Personal Data and you may request in writing to (i) access the Personal Data, (ii) withdraw your consent from ASTRO processing the Personal Data, (iii) limit the processing by ASTRO of the Personal Data and/or (iv) request the correction (including the deletion) of the Personal Data where you are of the opinion that such Personal Data held by Us is inaccurate, incomplete, misleading or, where relevant, not up-to-date.
  12. OUR CONTACT DETAILS:

    Should you have any queries (including to limit the processing of the Personal Data), concerns or complaints in relation to this Privacy Notice, kindly contact Us (i) by post at the following address: Pegawai Perlindungan Data Peribadi, Kumpulan Astro Malaysia, Peti Surat 10148, 50710 Kuala Lumpur; (ii) by email at pdpo@astro.com.my; or (iii) by telephone on 03 9543 3838.

NOTIS PRIVASI ASTRO – RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Tarikh Berkuatkuasa: 22 November 2024
Semakan Terakhir: 22 November 2024

  1. APAKAH NOTIS INI?

    Sila baca notis privasi ini ("Notis Privasi") dengan teliti untuk memahami dasar dan amalan ASTRO berkenaan Data Peribadi yang diberikan oleh rakan kongsi perniagaannya. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta") telah diperkenalkan untuk mengawal selia pemprosesan Data Peribadi dalam transaksi komersial. Akta tersebut, yang terpakai bagi semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, memerlukan Kami untuk memaklumkan anda mengenai hak anda berkenaan dengan Data Peribadi yang anda berikan.
  2. APAKAH DATA PERIBADI?

    "Data Peribadi" merujuk kepada maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang boleh digunakan untuk mengenal pasti individu tersebut secara bersendiri atau bersama-sama dengan data lain yang Kami kumpul atau mempunyai akses kepadanya.
  3. SIAPA KAMI?

    Sebarang rujukan dalam Notis Privasi ini kepada "ASTRO" dan "Kami" bermaksud Astro Malaysia Holdings Berhad (932533-V) dan, mengikut mana yang berkenaan, mana-mana subsidiari dan syarikat yang berkaitan dengannya seperti yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016.
  4. APAKAH DATA PERIBADI YANG MUNGKIN KAMI KUMPULKAN DARIPADA ANDA?

    Data Peribadi yang mungkin dikumpul oleh ASTRO daripada anda akan berbeza-beza bergantung pada cara anda berinteraksi dan berhubung dengan ASTRO. Sebagai contoh, ia mungkin termasuk:
    1. nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon atau telefon mudah alih dan alamat e-mel, mengikut mana yang berkenaan, pekerja, pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan/atau sub-kontraktor anda; dan
    2. maklumat lain yang mungkin diperlukan untuk tujuan urusan ASTRO yang sah atau seperti yang dikehendaki oleh syarat undang-undang yang berkenaan.
  5. APAKAH SUMBER DATA PERIBADI YANG ANDA BERIKAN?:

    1. Kami mungkin mendapatkan Data Peribadi daripada anda secara langsung apabila anda mematuhi kewajipan dan tanggungjawab anda menurut perjanjian ini;
    2. Selain daripada Data Peribadi yang diperoleh daripada anda, Kami juga mungkin mendapatkan Data Peribadi anda daripada pihak ketiga Kami berurusan dengan atau berkaitan dengan anda dan daripada sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk pendedahan Data Peribadi, dan/atau jika sebaliknya dibenarkan secara sah.
  6. BAGAIMANA MUNGKIN KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI YANG ANDA BERIKAN?

    Kami mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi yang anda berikan untuk mana-mana tujuan berikut (bersama-sama "Tujuan"):
    1. untuk melaksanakan mana-mana kewajipan dan tanggungjawab kami di bawah perjanjian ini;
    2. untuk berkomunikasi dengan anda;
    3. untuk memproses transaksi pembayaran anda;
    4. untuk menjawab pertanyaan anda;
    5. untuk menjalankan aktiviti dalaman;
    6. untuk memberi anda maklumat mengenai ASTRO, produknya dan/atau perkhidmatannya dan rakan kongsi perniagaannya yang lain;
    7. aktiviti urusan sah ASTRO yang lain; dan/atau
    8. apa-apa tujuan lain seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat perjanjian ini.
    9. Dengan menandatangani perjanjian ini dan dengan memberikan Data Peribadi, anda dianggap telah memberikan persetujuan anda untuk pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi untuk Tujuan.
  7. DENGAN SIAPA KAMI KONGSIKAN DATA PERIBADI?

    1. Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi yang anda berikan kepada syarikat pihak ketiga, organisasi dan/atau pembekal perkhidmatan untuk: (i) melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab ASTRO menurut perjanjian ini; dan (ii) melaksanakan mana-mana Tujuan seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
    2. Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi yang anda berikan kepada pelbagai badan dan agensi kerajaan untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia kami dan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang bagi tujuan mencegah dan/atau mengesan jenayah, atau untuk tujuan penyiasatan dan/atau penahanan atau pendakwaan pesalah dan/atau perlindungan keselamatan negara dan/atau apa-apa tujuan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh mana-mana perintah atau penghakiman mahkamah.
    3. Jika diperlukan untuk mana-mana Tujuan, Data Peribadi yang anda berikan boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia. Kecuali perkara di atas, Data Peribadi tidak akan dipindahkan secara sengaja ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau didedahkan secara sengaja kepada mana-mana pihak ketiga.
  8. APAKAH LANGKAH YANG KAMI AMBIL UNTUK MELINDUNGI DATA PERIBADI?

    Kami mengambil langkah berikut untuk melindungi Data Peribadi yang anda berikan dengan memastikan bahawa:
    1. Data Peribadi disimpan seperti yang dikehendaki oleh Akta;
    2. Kakitangan ASTRO tidak menyalahgunakan Data Peribadi; dan
    3. mana-mana pembekal dan penyedia perkhidmatan yang dilantik yang memproses mana-mana Data Peribadi melakukannya mengikut terma kontrak mereka dengan ASTRO.
  9. BERAPA LAMA KAMI MENYIMPAN DATA PERIBADI?

    Kami akan mengekalkan Data Peribadi yang anda berikan dalam rekod perniagaan kami sepanjang tempoh perjanjian ini. Kami juga akan mengekalkan Data Peribadi untuk satu tempoh masa selepas anda bukan lagi rakan kongsi perniagaan jika Data Peribadi kekal diperlukan untuk Tujuan
  10. APAKAH KOMITMEN YANG ANDA BERIKAN BERKENAAN DENGAN DATA PERIBADI YANG ANDA BERIKAN?

    Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan mana-mana orang lain yang Data Peribadinya anda berikan kepada kami dan untuk mengemas kini Data Peribadi tersebut apabila ia menjadi tidak betul atau lapuk.
  11. APAKAH HAK ANDA BERKENAAN DENGAN DATA PERIBADI YANG ANDA BERIKAN?

    Anda boleh pada bila-bila masa menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi ASTRO melalui pos berdaftar atau e-mel seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 12 di bawah untuk membuat pertanyaan atau mengemukakan aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi dan anda boleh memohon secara bertulis untuk (i) mengakses Data Peribadi, (ii) menarik balik persetujuan anda daripada ASTRO memproses Data Peribadi, (iii) mengehadkan pemprosesan Data Peribadi oleh ASTRO dan/atau (iv) meminta pembetulan (termasuk pamadaman atau pemusnahan) Data Peribadi di mana anda berpendapat bahawa Data Peribadi yang dipegang oleh Kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau, jika berkaitan, tidak terkini.
  12. BUTIRAN UNTUK MENGHUBUNGI KAMI:

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan (termasuk untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi), kebimbangan atau aduan berhubung dengan Notis Privasi ini, sila hubungi Kami melalui (i) pos di alamat berikut: Pegawai Perlindungan Data Peribadi, Kumpulan Astro Malaysia, Peti Surat 10148, 50710 Kuala Lumpur; (ii) melalui e-mel di pdpo@astro.com.my; atau (iii) melalui telefon di 03 9543 3838.